CERPEN: SARAH WILLY

Bismillahirrahmanirrahim.
Kisah ini mengisahkan seorang muslimah urban yang mempunyai pemikiran dan idealisme beliau yang tersendiri. Sarah Willy, dilahirkan daripada sebuah keluarga mua’allaf, berumur 20-an dan sangat matang personalitinya. Beliau dan keluarga sudah lama menetap di Malaysia dan dibesarkan dengan cara hidup muslim. Namun, persekitaran tempat beliau membesar sangat akrab dengan golongan elite dan orang kaya raya. Di kawasan kejiranannya, kiri dan kanan rumahnya didiami orang berpangkat dan berpengaruh di kota raya metropolitan tersebut.
Sarah sangat berbeza jika dibandingkan dengan mana-mana orang putih yang selalu dibayangkan sebagai bangsa yang suka bersosial, berfikiran terbuka dan moden. Perbezaannya sangat ketara ketika melihat pemakaian beliau yang berhijab dan menutup aurat. Beliau tidak terkecuali menjadi buah mulut rakan sebaya yang mempertikaikan fesyen yang beliau gayakan. Tetapi, gadis yang bernama Sarah Willy yang merupakan anak pasangan bangsa Amerika tulen ini punya ketahanan jati diri yang luar biasa.

Kegemaran Sarah adalah membaca buku-buku karangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang banyak membicarakan soal-soal hukum fiqh kotemporari yang sesuai diamalkan pada zaman kini. Di sebabkan hobi beliau yang suka membaca menjadikan beliau seorang yang sangat disenangi dan menjadi rujukan kenalan.
Namun begitu, bukan semua menyenangi kehadirannya, ada juga segelintir yang tidak suka dengan gaya dan pembawakan Sarah yang dikatakan konservatif dan kolot pada padangan mata mereka. Sedikit menyedihkan mereka ini dari kalangan yang sudah lama dibesarkan dalam keluarga muslim iaitu sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Adakah ini yang dinamakan agama dari nenek moyang yang menjadi ikut-ikutan tetapi tidak terserap dalam sanubari? Gerak jemari Sarah terhenti seketika saat dia sedang galak menulis tentang artikel Agama Warisan. Smartphone nya bercahaya “lip-lap”. Beliau mencapai “smartphone” yang terletak di bucu meja tulis. Tertera nama Khaty yang membuat panggilan.

” Hai, Sarah! What are you doing? let’s come to my house tonight. We have something to discuss on,” Suara Khaty menyapanya terlebih dahulu. Sarah sedikit teragak-agak untuk membalas “ya” kerana jemputan ini agak pelik baginya. ” Hai, Khaty. I’m sorry, I have some works to do. How about if we meet tomorrow morning?” Sarah bukan tidak sudi bertemu dengan Khaty cuma keluar pada malam hari tanpa tujuan yang jelas bukan cara hidupnya. Lagipun, beliau dan Khaty tidaklah seakrab mana. Boleh dikatakan mereka berdua adalah seteru di kolej kerana selalu bersaing dalam akademik. Namun, bagi Sarah, beliau tidak memusuhi Khaty cuma pada sesetengah keadaan Khaty selalu membuat provokasi ke arahnya.

” Sarah, please come to my house! I really need your help and I don’t know anyone who can help me!,” Sarah seakan terkesima dengan permintaan tersebut kerana suara Khaty sangat berbeza, terdengar sedikit getaran di hujung perbualannya. Beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah beliau perlu ke sana. Lebih-lebih lagi tidak pernah Khaty meminta dia melakukan sesuatu dengan permintaan sebegitu.
‘Dalam kesusahankah dia? Jika benar dia memerlukan ku, agak kejam andai aku tidak membantunya.’ Bisik hatinya memberikan jawapan lantas bersetuju dengan pelawaan itu. Namun begitu, masih tersimpan juga perasaan ragu-ragu. Pada hematnya, mungkin berguna untuk dia menyimpan perasaan ini supaya dia lebih berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.

Helah nampak menjadi, sebenarnya mereka merancang untuk membawa Sarah ke rumah untuk melihat sejauh mana keimanan Sarah. Mereka ingin menguji pengetahuan Sarah tentang Islam dan berhajat untuk membawa Sarah kembali memeluk agama asal mereka. Berhibur, menari dan ‘minum-minum’ seperti remaja Barat lain. Itulah yang sedang mereka usahakan. Mereka yakin yang mereka akan berjaya.
Mereka telah merancang dengan sangat baik. Mereka telah menyediakan beberapa soalan yang pasti tidak mampu dijawab oleh Sarah. Mereka yakin denga usaha ini kerana kebanyakannya terbukti di depan mata. Anak orang putih mua’alaf ini pasti mudah sahaja terpedaya. Sedangkan Harris teman lelaki Khaty yang berlatar belakangkan Muslim keterunan pun tidak yakin pada agama yang dianuti pada zahirnya inikan pula Sarah Willy.

Kehadiran Sarah seperti dijanjikan. Jika dahulu mereka menjemput Sarah dengan majlis parti tetapi selalu gagal. Lalu kali ini mereka mengubah sedikit formula dakyah dengan mengajak Sarah kepada perbincangan lebih ilmiah. Mereka tahu Sarah sukakan perbincangan berbanding aktiviti yang melalaikan. Mereka berhasrat menyoal Sarah berkaitan isu wanita muslim yang sedang hangat diperkatakan. Hal ini kerana fitnah wanita muslim sangat berleluasa pada masa kini.

“Sarah, terima kasih kerana sudi datang”, Khaty menyambut salam dari Sarah. Pada mulanya Sarah terbayangkan hanya dia sahaja bersama Khaty tetapi nampaknya yang lain juga turut serta. Hatinya sudah rasa terdeti perasaan kurang enak namun beliau terus berdoa agar segalanya dipermudahkan. “Duduklah, saya ambilkan air!” Khaty mempelawa Sarah duduk dan dihadapanya beberapa orang sedang memerhatinya. Sarah melihat satu persatu wajah yang hadir dan mereka ialah rakan-rakan Khaty yang sememangnya akrab bersama. Sarah rasa kurang selesa saat merasai dirinya diperhati oleh pemudah yang bernama Harris. Perhatian yang diberikan oleh Harris sangat menyakitkan hatinya dan mahu lari daripada kelompok ini secepat mungkin.

“ Sarah jangan takut, kami berniat baik. Tujuan kami sebenarnya nak berbaik-baik dengan mu, Sarah,” pujuk Khaty yang seakan memahami gerak tubuh Sarah.
Dalam masa yang sama fikiran Sarah bermonolog, ‘pentingkah perjumpaan sebegini pada waktu malam? Tetapi, aku sudah berada disini dan pasti ada sebab Allah lorongkan hatiku ke sini . Sebarang kemungkinan aku yakin Allah ada bersamaku!’

“ Sarah, janganlah ‘awkward’ dengan saya. Saya tahu saya banyak buat silap dengan kamu. Saya banyak kutuk kamu dan kata macam-macam terhadap kamu. Maafkan saya, saya betul-betul insaf dan saya mahu belajar sesuatu dari kamu, Sarah” Khaty bersuara lembut dan tidak pernah dia berlembut sebegini dengan Sarah.

“Tidak mengapa, saya terima maaf mu Khaty, tiada sebab perlu kita panjangkan sengketa”, Sarah membalas dengan senyuman. Dia merasa sedikit lega dengan pengakuan Khaty yang pada hematnya ikhlas dari seorang wanita Inggeris berkacukan India itu.
Tanpa berlengah Khaty terus meneruskan hasratnya, “Kami ada beberapa soalan ingin ditanya yang boleh saya katakan berkait rapat dengan agama kamu iaitu Islam. Sejujurnya, saya ada juga cuba bertanya pada Harris tetapi dia ini sangat jahil,” Khaty menjeling ke arah Harris dengan pandangan yang merendahkan status muslim pada kad pengenalan lelaki itu. Malangnya, Harris tidak merasa apa-apa kerana ini semua lakonan yang telah dirancang. Hanya lakonan.

“ Insha Allah, kalau saya mempunyai pengetahuan saya akan cuba jawab jika tidak saya akan cuba bertanya kepada orang yang lebih mengetahui,” balas Sarah dengan penuh rasa rendah hati. Beliau bukanlah serba tahu dan Allah jua yang lebih mengetahui. Itulah pegangannya jika beliau tidak mampu mengjawab persoalan-persoalan dari kenalannya.

“Tidak mengapa, kami akan menerima seadanya jawapan kamu.” Balas Carla salah seorang rakan baik Kathy yang ada di situ.

“ Begini, saya melihat awak seorang wanita yang pintar malah cantik pula. Awak juga petah berkata-kata di khalayak ramai dan ramai menkagumi awak, Sarah. Jadi, jika menutup aurat itu tuntutan sebagai muslimah, bukankah suara dan kecantikkan awak juga adalah aurat dan membawa kepada tarikan lelaki?” Harris memulakan bicaranya. Dia yakin Sarah pasti gugup dengan soalan ini. Sebagai seorang wanita muslimah yang penuh dengan rasa malu akan mengelak untuk bercakap dengan lelaki pada hematnya. Sarah pasti akan malu dengannya.
Sarah diam sebentar. Manakala, Harris sudah mula pasti dia akan menang walaupun dengan hanya soalan pertama, pasti soalan yang lain juga bakal gagal dijawab Sarah. Belum sempat beliau membuka mulut David pula menghujani soalan seterusnya.

“Baiklah, awak fikir dulu soalan Harris itu. Saya ada satu lagi soalan dan saya rasa ini amat mudah untuk awak. Bukankah Hawa penyebab Adam keluar dari syurga seperti yang termaktub dalam agama awak, Sarah?” Mereka berlima di situ, Khaty, Harris, David, Carla dan Sarah. Tumpuan mereka adalah pada Sarah yang masih membisu.

“ Sarah, kenapa awak diam Sarah? Kami betul-betul perlukan jawapan dari awak sebab kami yakin awak boleh jadi pembimbing pada wanita.” David menambah lagi kata-katanya. Di dalam lubuk hati, mereka beranggapan yang mereka akan berjaya menggugat kepercayaan Sarah kerana itulah kebiasaannya yang terjadi. Hal ini jelas tergambar di kolej tempat mereka belajar ramai sahaja wanita muslim yang bertudung pada tahun pertama akhirnya tidak bertudung, malah yang bertudung juga bukanlah sebaik mana. Mudah sahaja untuk mempengaruhi wanita-wanita yang pada zahirnya berhijab pada pakaian tetapi belum tentu hijabnya lekat pada hati.

“Sarah kami kagum dengan kamu Sarah, di sebabkan kamu warga Amerika dan merupakan Amerika tulen saya sangat pelik kamu boleh mengaku sebagai Muslimah sejati? Bagaimana Islam yang dipertontonkan sebagai mengonkong wanita dan membatasi penggerakan wanita yang kamu agungkan. Bukankah ini melanggar hak asasi kemanusiaan dan menindas golongan wanita? Kamu seorang aktivis, bagaimana kamu melihat hal ini, Sarah?” Kini, giliran Carla memberikan hujah dan tujahan dalam masa yang sama.

Hakikatnya, di saat mereka menyangka sudah menang, Sarah sedang menyusun butiran yang sesuai sebagai jawapan. Beliau tidak mahu terlalu terburu-buru kerana beliau sedar bukan mudah untuk melawan hujah dengan orang yang sudah merancang untuk menang. Sudah tentu, setiap yang di balas akan dipatahkan satu persatu hujahnya kerana keengganan mereka mengakui kebenaran.
“Sarah, kamu ‘okay’? Tidak mengapa kalau kamu tidak mampu menjawab tapi kami harap kamu dapat menjadi sahabat kami dan terus bersama kami.” Balas Kathy dengan penuh lemah –lembut. Seolah-olah dia sedang meredakan suasana yang kian panas.

“Tidak mengapa Kathy, saya ‘okay’,” Sarah mengukir senyuman di bibirnya. Hatinya tenang tatkala dia mengingati bait-bait surah Al-Kafirun. Andai jawapannya tidak mampu memuaskan hati Kathy dan rakan-rakannya beliau sudah punya hujah hati. Allah yang akan membuka pintu hati mereka bukan dirinya. Tugasnya hanya menyampaikan apa yang Allah telah sampaikan pada Rasulnya.

“ Izinkan saya berkata sedikit, saya bukanlah serba tahu tapi saya yakin apa yang telah diajarkan kepada saya adalah benar dari Al Quran dan Sunnah. Jawapan pada soalan pertama oleh Harris (Sarah memandang tepat pada wajah Harris), perkara yang disyariatkan kepada umat terdahulu adalah perkara sama yang disyariatkan kepada kita pada hari ini, selagi tiada nas ataupun syarak yang memansuhkan syariat itu. Ini adalah pendapat ulama yang terpilih.

Jadi, tiada halangan untuk berbicara dengan lelaki melainkan Islam mengajar adab dan akhlak yang sesuai. Sebagai seorang wanita dengan tidak bercakap dengan mendayu-dayu, melenggok-lenggok dan melunakkan suara seperti mana yang dijelaskan dalam Surah Al- Ahzab, ayat 32.

Manakala, soalan kedua, soal tarikan kerana kecantikkan ini sebenarnya adalah fitrah dari Allah s.w.t ciptakan untuk manusia. Lelaki dan wanita yang dijadikan secara berpasang-pasangan, saling lengkap –melengkapi dan saling tertarik antara satu sama lain seperti mana di dalam surah Yassin, ayat 36 dan Az-Zariyat , ayat 49. Selagi mana muslimah itu menutup aurat dan tidak mendedahkan perhiasannya seperti mana kamu semua melihat saya berpakaian sekarang ini,”

Mereka terpegun dengan hujah yang diberikan walaupun mereka sebenarnya beranggapan bahawa tidak ada satu hujahpun yang mampu dibawa oleh Sarah pada awalnya.

“Soalan ketiga dari David, Islam memuliakan wanita, dan Islam mengakui taraf wanita sama seperti golongan lelaki, iaitu sebagai individu yang bertanggungjawab pada keluarga, mendapat gajaran pahala, dan balasan dosa atas apa yang dilakukan. Perkara ini dijelas dalam surah Al-Baqarah, ayat 35. Ayat tersebut menerangkan bahawa, tidak terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah yang mengesahkan wanita penyebab Nabi Adam a.s keluar dari Syurga. Dan surah Taha, ayat 115 menyatakan Nabi Adam a.s yang bertanggungjawab dalam hal ini.”
David sedikit kebingungan, tetapi dia merasakan Sarah akan menpunyai hujah lanjut tentang hal ini. Malah dia juga bukanlah Kristian yang sejati untuk melawan hujah Sarah. Mungkin silapnya yang memandang rendah keupayaan Sarah. Apapun persoalan yang cuba diajukan seolah-olah seperti telah terkunci dibibirnya dan telingamya setia mahu mendengar Sarah berhujah langsung. Tanpa sebarang bantahan, Sarah cuba untuk melanjutkan pada soalan yang terakhir.

Sebelum berhujah untuk soalan ke empat dari Carla, Sarah menyelak helaian Al-Quran untuk mencari dalil seterusnya, secara tidak sengaja sehelai nota terjatuh dari celahan helaian Al-Quran tersebut lalu dicapai oleh David dan membaca nota tersebut, “Ibu diibaratkan seperti sebuah sekolah. Jikalau anda mempersiapkannya dengan baik, anda menyediakan akar tunjang satu bangsa,”

Tiba-tiba, tanpa disedari mata David berkaca, lalu diseka dengan jari jemarinya. Dia terharu membaca nukilan tersebut. “Awak sudah berhujah dengan sangat baik, saya yakin hujah seterusnya pasti ada dalam buku yang kamu pegang itu kan?” buku yang dirujuk itu adalah Al-Quran yang dipegang oleh Sarah.

David menyambung lagi, “sudahlah rakan semua, saya rasa elok kita belajar dan mendalami dahulu agama kita sebelum berhujah dengan Sarah. Dia sudah mempersiapkan dirinya dengan baik dan Tuhan telah membantunya daripada terpesong oleh niat buruk kita untuk memperdayakannya.”

Sarah tidak meneruskan hujahnya kerana niatnya bukan untuk bermegah atau menang dalam pertandingan cukuplah Allah baginya yang membuka hati-hati yang terpilih untuk memperoleh hidayah dari- Nya. Tepat jarum jam menunjukkan 11.00 malam Sarah meminta diri untuk pulang.
Setelah pulang dari diskusi panjang lebar itu, Sarah melaksanakan solat sunat Taubat dua rakaat sebelum membuka komputer ribanya untuk menyambung artikel yang tertangguh di siang hari tadi. Tiba-tiba, bunyi mesej masuk ke dalam ‘inbox’ nya.

“ Sarah, we’re not settle down. But, please come again. I need you more.”- Carla.

bersambung Episod 2. Insha Allah

-Muniff Noor-

Leave a comment